BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 28, 2009

  • Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
  • Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
  • Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
  • Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
  • Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
  • Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
  • Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
  • Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
  • Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
  • Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
  • Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
  • Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Thursday, March 19, 2009

Pulau Langkawi

Kepulauan Langkawi terdiri dari gugusan 99 buah pulau tropika di persisiran pantai barat laut Semanjung Malaysia ,kira-kira 30km dari Kuala Perlis dan 51km dari Kuala Kedah.Pulau yang di kenali ramai ialah Pulau Langkawi.Pulau Langkawi mempunyai warisan yang begitu unit dan penuh dengan cerita hikayat perwira,burung raksasa,dan puteri jelita dari kayangan.Langkawi dianggap syurga tropika yang mekar dengan tumbuhan khatulistiwa dan didiami oleh habitat yang terpelihara,Langkawi wujud dengan tidak ada tolok bandingnya di antarakepulauan yang sedia ada di Asia Tenggara .Dengan sejarah alamnya bermula dari 500 jutatahu dahulu,pulau ini terdiri dari rangkaian batu-batan yang unik dan merangsangkanimaginasi pengunjung dengan penuh tanda tanya .Gua-gua dihiasi indah oleh rangkaian 'stalaktit'dan'stlagmit'menjemput mereka yang berani untk menjelahi gua-gua tersebut.Pantai di Langkawi yang bersih ,cuaca yang terang dan ceria sesuai untuk pecinta alam menikmati keindahan laut sambil bersantai dan menjalankan aktiviti sukan laut yang mengasyikkan.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PULAU LANGKAWI:-
1.Tanjung Rhu Langkawi Tanjung Rhu terletak di sebelah utara Pulau Langkawi dan dinamakan Tanjung Rhu kerana terdapat banyak pokok rhu di sekitarnya .Pemandangan yang indah di sepanjang pantainya pasti memukau setiap mata yang memandang . Perjalanan singkat dengan bot dari Tanjung Rhu akan membawa anda ke pintu masuk Gua Cerita yang menyimpan pelbagai cerita misteri,terdapat tulisan kuno yang masih belum dapat di tafsirkan sehingga kini masih boleh dilihat di dinding -dinding gua tersebut.

2.Pantai-pantai di Langkawi:-Pantai Kok,Pantai Cenang,Pantai Tengah,Pantai Pasir Tengkorok Datai dan Teluk Burau.. Pantai-pantai ini menawarkan suasana perkelahan yang yang mengasyikkan .Hotel mewah dan chalet di sediakan untuk kemudahan pengunjung.Bagi penggemar aktiviti lasak ,pelbagai kegiatan yang mencabar boleh diikuti.Manakala bagi penggemar makanan pula ,pelbagai juadah yang enak turut disediakan oleh restoran di hotel-hotel dan medan selera untuk dinikmati.

3.Tasik Dayang Bunting:-Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi ,di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi.Bukit bukau dan gunung ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatanseolah-olah sepeti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring (boleh anda perhatikan melalui island hopping)Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri kayanganyang mengahwini putera bumi .Anak sulong puteri tersebut mati apabila di lahirkan.Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa melalui saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi ditasik tersebut .

4.Taman Laut Pulau Payar Langkawi:-Taman Laut Pulau Payar terletak dibahagian utara Selat Melaka,kira-kira 19 batu nautika ke selatan Pulau Langkawi .Taman laut ini terdiri daripada Pulau Payar,Pulau Lembu,Pulau Seganang dan Pulau Kaca yang dikelilingi oleh batu-batu karang ..Ianya juga dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang mempersonakan .Sesuai untuk aktiviti 'snorkling',menyelam dan berenang .Ada beberapa pantai pasir yang sesuai untuk berkelah ,tempat untuk barbeku dan bilik air di kawasan tertentu.Terdapat juga Kawasan Penerangan Pelawat yang menyediakan matlumat mengenai aman laut ini .Pelawat boleh ke Pulau Payar dari jeti Kuah menggunakan katamaran atau bot laju .Perjalan mengambil masa kira-kira 45minit.

5.Kuah- Langkawi:-Pekan Kuah yang terletak di tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat untuk pelancong berkunjung ke pulau-pulau lain dengan menggunakan feri .Nama 'Kuah' ini berasal dari cerita dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang mengakibatkan sebelanga kari tertumpah di kawasan ini .Sempena dengan peristiwa tersebut ,tempat ini diberi nama 'Kuah'.Dahulunya ,Kuah hanya merupakan sebuah pekan kecil tetapi kini ia merupakan pusat bandar yang begitu maju dengan pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan tetapi ianya tidaklah sesibuk bandar-bandar besar yang lain .Kuah ialah pusat membeli-belh bebas cukai dengan berbag .ai barangan yang bermutu manakala restoran-restoran di sini menghidangkan masakan yang lazat terutamanya makanan laut

6.Makam Mahsuri Langkawi:Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah .ia meupakan makam peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi,sijelita yang telah dituduh melakukan perkara sumbang .Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris .Menurut lagenda,darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akam maju dan bahagia selama tujuh generasi.Samada dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu dan sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali .

7.Kampung Air Hangat:-Air Hangat terletak dikawasan seluas empat ekar kira-kira 14 km dari Kuah .Kompleks moden ini dihiasi dengan tiga tingkat pancutan iar panas dan mural dari batu sungai sepanjang 18meter yang menceritakan lagenda tempat tersebut .Demontrasi kraft tangan tempatan dan tarian kebudayaan juga diadakan setiap hari .Para pelawat yang meminati kraftangan boleh mengunjungi kedai menjual kraftangan tradisional yang terdapat disini.

8.Langkawi Anna & The King Gallery Tempat pengambaran filem yang indah dan mahal ini telah dibina oleh syarikat perfileman 20th Century Fox pada tahun 1999 untuk pembikinan filem 'Anna and The king'.Dibina keseluruhannya daripada kayu kayan tempatan oleh tukang kayu dari Malaysia dan luar negeri ,istana ini menyerupai istana tradisional kerajaan Siam pada zaman silam .

9.Langkawi Oriental Village:-Oriental village merupakan satu lagi destinasi pusat membeli belah ,kebudayaan dan masakan yang terkini dan unit di Pulau langkawi.Direka khas untuk menyediakan suasana baru membeli-belah di pulau peranginanan bebas cukai ,ia juga turut menempatkan restoran-restoran bertema yang menyediakan berbagai jenis masakan Asia Oriental Village menawarkan lebih daripada 470jenis jenama pereka antarabangsa dan tempatan serta 17000 jenis barang pasti memukau mata para pengunjung.Pertunjukan kebudayaan dan fesyen serta demontrasi kraftangan oleh pakar kraftangan menambahkan lagi suasan kemeriahan membeli belah di situ .Ia berdekatan dengan Langkawi Cable Car ,aktiviti menunggang Gajah dan Telaga Tujuh .

10.Underwater World Langkawi:-Di sini kita boleh menyaksikan berbagai hidupan laut yang di tempatkan didalam tangki kaca .Ia terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi .Terdapat lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam lebih 100 tangki kaca yang berbagai saiz dan jenis .Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar seperti jerung,pari tropika,penyu serta yang terbaru seperti anjing laut ,penguin dan naga laut .Terowong sepanjang 15mtr telah di bina untuk kemudahan pengunjung berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut yang mempersona.

11.Pelayaran ke pulau-pulau Pelayaran:-(langkawi island hopping )ke pulau pulau di sekitar Langkawi amat menyeronokkan kerana pelancong akan dapat menikmati keindahan semulajadi pulau pulau berkenaan .Pelayaran tersebut akan melalui Pulau Dayang Bunting ,Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar .Aktiviti yang menarik semasa island hopping ini ialah melihat burung -burung helang terbang berdekatan dengan kita untuk makan makanan yang di berikan oleh pemandu-pemandu bot pelancong tersebut .

12.Taman Buaya Langkawi:-terletak di Kubang Badak jalan ke Datai dan Pantai Pasir Tengkorak lebih kurang 32km dari pekan Kuah .Disini terdapat lebih 1000 ekor buaya yang terdiri daripada pelbagai jenis spesis untuk tontonan orang ramai .Jika bernasib baik ,para pengunjung akan menikmati pertunjukkan keberanian manusia bermain dengan buaya pada jam atau waktu tertentu .

13.Dataran Lang Langkawi:-Dataran Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah .Tarikan utama ialah arca seekor Burung helang..Menurut Lagenda ,Langkawi mendapat nama dari perkataan 'Lang' yang merupakan nama pendek bagi 'helang' .Manakala 'kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksut coklat.Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat .Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang indah ,restoran,jejambat ,jeti dan teres yang berbumbung .Kedudukkannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam.Di samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi . Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam .Arca Helang ini terletak di tempat yang strategik bagi mengucapkan 'Selamat Datang' kepada para pelawat yang mengunjungi Langkawi .

14.Galeri Perdana Langkawi:-Galeria Perdana yang terletak di Kilim 10km dari Kuah menempatkan kira-kira lebih 2500 hadiah dan anugerah negara yang dihadiahkan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ,Tun Dr. Mahathir dan isteri .Bahan pameran yang terdapat di sini termasuklah barangan kristal ,barangan kulit,perak,tembaga,seramik dan kaca.Terdapat juga alatan seni muzik dan kraf silam,bahan tekstil dan senjata .Diantara bahan yang turut dipamerkan adalah koleksi prototaip kereta dan pacuan empat roda . Pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar didalam galeri ini.Sebuah kedah cenderahati terletak di galeria tersebut menjual gambar gambar bahan pameran yang di pamerkan.

15.Laman Padi Langkawi:-Merupakan lokasi yang mesti dilawati oleh para penggemar pelancongan berasaskan pertanian .Terletak di Pantai Cenang ,kawasan pantai peranginan yang terkemuka Langkawi dan hanya 10minit dariLapangan Terbang ,Laman Padi Langkawi menjadi pusat untuk mempamirkan sejarah ,warisan dan kemajuan industri penanaman padi negara .Diantara tarikan disini ialah muzium beras yang mempamirkan artifak ,carta dan gambar menunjukkan kepentingan penanaman padi kepada negara.Pelawat berpeluang menikmati pemandangan laman ini dari taman atas bumbung .Anda boleh cuba menanam padi menggunakan cara tradisional serta menuai menggunakan cara moden .Terdapat juga restoran serta pusat urut disitu .

16.Taman Legenda Langkawi:-Taman ini mengandungi pokok pokok bunga dan buah buahan tempatan yang memberikan satu pemandangan yang cantik dengan berlatarbelakang kan bangunan warisan Malaysia dan bahan bahan kebudayaan .Di dalam lawatan tersebut anda akan dapati segala kisah sejarah dan tempat tempat yang terdapat di Langkawi di ceritakan di sini .

17.Komplek Budaya Kraf Langkawi terletak di Teluk Yu di sebelah utara Pulau Langkawi ,kira kira 30 minit perjalanan dengan kenderaan dari lapangan terbang atau 35 minit dari pekan Kuah .Terletak di atas bukit mengadap laut ,komplek yang indah ini menawarkan berbagai jenis kraftangan Malaysia seperti batik tulisan tangan dan barangan perak yang di ukir halus .

18.Tasik Dayang Bunting Langkawi:-Tasik Dayang Bunting terletak disebelah selatan Pulau Langkawi ,dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di kepulauan Langkawi .Deretan bukit dan gunung di sekeliling tasik tersebut kelihatan seolah-olah seperti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring.Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda bermula dengan percintaan puteri kayangan yang mengahwini putera bumi .Anak sulung puteri tersebut mati selepas di lahirkan .Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa mulai dari saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi di tasik itu .

19.Sungai Kilim Langkawi untuk mereka yang gemar menghayati keindahan alam ,Langkawi menawarkan pemandangan indah dan pengalaman yang sukar dilupakan ,aktiviti pelayaran dengan bot ke Taman Alam Sungai Kilim,sebuah dunia yang berlainan sama sekali . Taman seluas 100kmpersegi ini diselubungi kehijauan hutan paya bakau yang dilindungi ,serta ditaburi pantai terpencil yang putih bersih dan teluk kecil dengan air yang biru dan jernih .Struktur batu kapur yang muncul dari lantai paya bakau dan laut membentuk keunikan geologi yang menakjubkan dengan gelaran seperti kuil Borobudur,Batu Gajah dan Taman Gantung.Selain itu Gua Cerita dan Gua Kelawar yang dikaitkan dengan lagenda dan pelbagai kisah cinta dan misteri menanti anda .

20.Langkawi -Telaga Tujuh (Seven Wells):-Telaga Tujuh terletak disebelah barat laut Pulau Langkawi ,Telaga Tujuh merupakan telaga yang terbina dari kejadian bumi yang menakjubkan .Dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini terbentuk dari pecahan 7 telaga semula jadi .Kehijauan pepohon disekitar Telaga Tujuh menambahkan lagi suasana tenang disekelilingnya .Mengikut lagenda ,puteri-puteri dari kayangan sering mandi-manda di telaga ini.

Monday, March 16, 2009

Malam semalam aku meminta ayahku membeli roti keping utk aku sarapan pagi nie...Ayahku pun bercadang nak bawak motor dier...,aku apa lagi berebut2 nak naik...Tetiba mak aku nak ikut so kena naik kete...pastu ayah aku nak tengok rancangan BOLOS,aku pun tunggu lah..,bile habis jer rancangan tue,cite mak pulak mula...Maknanye ada harapan mak tak pegi so aku boleh naik motor.....Then aku,ayahku serta adikku pun pegi naik motor........Ceritanye bermula di sini..,

Dalam perjalanan nak pegi 7 eleven tayar pancit..,kitaorang bertiga so mestilah berat kalau nak patah balik angkut kotaorang yang berat balik smula ke rumah..Ayahku tak berpikir cara lain terus menumpangkan lami di sebuah kedai makan berdekatan sementara ayahku mengepam di Danau Kota punye petrol pam......Aku dalam hati ckp srhlah mak amek kitaorang kat sini....!Adikku yang merengek pada ibuku mahu ikut kami tadi sedih....Dia kata,"Mami tak patut ikut tadi...Menyesal!!!".Aku pulak jawab,"Sapa suruh masa mak suruh temankan dia mami tak nak....Tapi apapun tq sebab ikut,kalau tdk akak sorang2".Aku mengajak adikku kebalai polis...,sebab klu jadi apa2 kitorang kat balai polis.....Balai polis bukannye jauh seberang jalan jer...Tapi adikku takut kerana pernah diusik oleh ibuku bahawa plois suke tangkap budak menangis n hisap puting...So sebab tulah tak jad duk kat balai polis......15 minit kemudian ayhku jemput pakai kete...Nasib baik ayahku memang bawa kunci kete dier...Kalau tdk satu hal lagi nak kene amek kat umah....Balik umah,bukak jer pintu umah adikku terus pergi kat mak aku n peluk...Aku pun cite apa yang berlaku...Ibuku terus gelak dengan tentang celoteh adikku itu...(aku pun sebenarnye menyesal sebab nak naik motor)Hahaha..........

Friday, March 13, 2009

$uk@n TaHuNaN KaL! kE 12

Alhamdulillah,berakhir jugak hari sukan aku....tapi yang hari kedua tuu tak berjalan dengan lancar sebab hujan.....sukan itu berlangsung pada !2 hb mac n 13 hb mac....Acara aku ada banyak...,pada hari prtama iaitu hari Khamis..,aku ada persembahan kawad kaki..cikgu sebelum tuu ada pesan redah jer sume lumpur yang ada kat situ..Maklumlah semalamnyer hujan....,Aku pun dengan penuh semangatnye meredah sume lumpur walaupun masa tengah jalan tuu nampak seluar yang tengah aku pakai tu kotor...tapi,takkanlah dalam barisan tuu nak terhenjut-henjut dek kerana nak elakkan lumpur....Masa nak buat persembahan formasi tuu agak gementar kerana aku yang kene bagi arahan...Tapi setelah jer kami habis buat formasi 1 n 2...,cikgu yang melihat kami sume menjerit mengatakan kehebatan n semangat waja kami nieh sampai seluar-seluar sekali kotor n penuh dengan lumpur...Tapi yang aku bangga sangat masa tuu ialah kerana baju uniform yang aku pakai penuh dengan lencana yang telah aku lulus....He...he...he....Kerah aku nak pujuk mak suruh jahit...Pastu yang aku ada cite dalam blog nie sebelum itu ialah tentang acara yang aku masuk kan???Nilah dier punye keputusan...Lari 4x200 m dapat pingat perak,200 m dapat aku peroleh pingat gangsa(penat tuu nak lari keliling padang),Lari berpagar??Ha...Ha..ha...action jer lebih...Masa latihan ok jer,tapi biler hari yang betul2 dapat nombor 4 oklah tuu,sampai jatuh tergolek tuu...Ada acra tambahan Bola Jaring aku bawa balik pingat perak.....Oklah bukak skolah nanti ada acara lari 4x100 m lum buat sebab ari Jumaat tuu hujan lebat sesangat....

Thursday, March 5, 2009

ApA yAnG tErJAdi????

Merujuk kepada tajuk di atas....kenapa 3 acara lari aku kena ambil bahagian??!Arghhh,dalam 1 satu hari selang 10 minit kena lari mcm2 acara....4 kali 100 meter,100 meter,n also 4 kali 200 meter.....Nasib baik 1 acara tuu aku tak memalukan ibuku yang tengah melihatku menjalani acara tuu....Lompat jauh,,,,dah la ramai cikgu2 yang melihatku termasuklah ibuku...Percubaan sekali,aku lompat tak delah jauh sangat...bila yang betul2 cubaan pertama batal sebab terlebih pijak papan...Tetapi syukurlah yang kedua iaitu yang terakhir aku pass n jauh lak tuu....Itulah yang dikatakan nasib baik kerana aku dapat 3...no1 pun dapat kepada rumah sukan biru...aku pun rumah sukan biru....

ANTARA ACARA YANG AKU MASUK:-
1.Lompat jauh-aku n mimi(mimi tuu atlet sekolah)
2.Lari Berpagar-aku n suraya
3.4 kali 100 meter-aku,mimi,suraya,dinie(kiranya kami 4 orang yang terfamous di dalam rumah sukan
tu...Ha..ha...perasan!)
4.4 kali 200 meter-aku,mimi,suraya,dinie
5.100 meter-aku,suraya


=Inilah sahaja untuk hari ni:)

Tuesday, March 3, 2009

pEl!k Y@nG t@K tErh!ngGA

Hmm....,agaknye ape yang menyebabkan ayahku tetiba lak hari ni amek aku dari tusyen bawa motor yang dah bertahun2 tak digunakan.....Hmm......tak pelah sebab best gak dapat hirup udara segar yang dah lama aku tak hirupp....(ayat apa yang aku reka sampai nernelit-belit lak nieh..?)Akhirnya peperiksaan skdk dah habis...Skarang tunggu skolah agama.....Lambat lagii!!!!!Lepas habis cuti bulan 3....He...he..he bolehlah aku have fun lagi....Eh....mana boleh!!!!(aku nak tulis apa lagi ha???no idea lahh)Adakah pulut kuning n rendang ayam pagi tadi yang dibawa oleh kawan baikku itu telah merunsingkan fikiranku yang gila22 niehh???Ntah larr....,aku nak taip n fikir apa yang nak diletak dalam blog aku nieh pun dah tak tahu....Ok lah.....chow dulu....:)

nota:-Diambil dari blog baru....Sebenarnye memang nak letak kat sini tapi terletak kat sana..

Sunday, March 1, 2009

J@du@LkU

Leg@ YanG tAk tErh!nGgA

huh...!Akhirnya blog ini talah dibuka semula....Bukan apa,selama nie macam diam jer blog nisa ...Sebenarnya yang kata lega 2 sebab jaduak semakinm lama semakin sikit...Sekarang yang tinggal latihan kawad kaki n boria...Bola jaring dah habis,latihan watikah perlantikan pun dah habis....Boria 2 mcm malaslah nk masuk,tapi sebab tak cukup orang,tu yang masuk tuu,..Nanti ada pertandingan spelling,aku awal2 dah daftar...he...he...he...Ceritanya bermula sperti ini,....masa perhimpunan sebelum peperiksaan,cg yang bertugas ada buat kuiz spelling.1 soalan utk satu Tahun....Tahun 4:perkataannye (photosynthesis)
Tahun 5:perkataannye(amphibian)
Tahun 6:perkatannye:entah lah dah tak ingat
Aku pun apa lagi,aku ialah murid pertama yang angkat untuk spelling Tahun 5..Mula2 cikgu tengok je aku,pas2 dia melilau cari murid lain...aku pun angkat lebih tinggi daripada yang lain...Akhirnya cg pilihla aku...Aku pun naik pentas,sebelum itu aku sempat mengenepikan microphone...lalu bertanya,"cg 'amphibian' tu an dia A ke O"....aku tak malu untuk bertanya kerana dia cikgu BI ku...Cg itu menjawab,"Eh,mana boleh bagitau"..Aku pun hentam aku sebut A...Nasib baik betul,tak memalukan lah...Ha..ha..ha..Akhir perhimpunana cg tu buat 1 announcement siapa nak masuk...Tu yang aku daftar nama...Cikgu tu ialah cikgu kesayanganku,Cg Norlin...Aku juga masuk pertandingan Choral Speaking...Dia juga yang ajar...Hmmm...rasanye sampai sini jer lah.....

Falling Images from DollieCrave.com