BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 2, 2009

BBQ Aidiladha 09

Pada hari Sabtu yang lalu,kami telah mengadakan sebuah hari keluarga kecil-kecilan di Sepayang,Rompin....Sebuah keluarga mesti ada menyediakan juadah masing2..Ibu dan ayahku hanya menyediakan air soda yang dicampur dgn sirap..(float)manakala alang menyediakan pizza..,k.mi dengan bubur jagungnye...(lg ape arr...???da lupe la..maaf nama yg tidak disebut..)dan juge para waiter yg sedia menolong untuk membakar ikan,jagung,dan lain2....
Selepas itu...,M.cik Ha memberi anak2 sedarenye yg pompuan dan (nakal) ni rantai..,kerongsang,gelang dan lain2....(time kasih M.cik Ha)...




p/s:sebenarnye penat keroh otak nk buat cite kat atas ni..,walaupun pendek...baca saje lah!!

Sunday, August 23, 2009

Kem 1 Malaysia di PKKKL

Program Kem 1Malaysia merupakan satu program perkhemahan yang melibatkan murid-murid dari pelbagai kaum, bangsa dan etnik di Malaysia. Sehubungan dengan itu Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Keramat telah diamanahkan untuk menganjurkan Kem 1Malaysia daerah Keramat yang berlangsung di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur dan SMK Seri Titiwangsa pada 7 hingga 10 Ogos 2009. Sebanyak 39 buah sekolah dari daerah Keramat telah menyertai program tersebut dengan penglibatan pelajar seramai 282 orang murid tahun 4,5 dan 6.
Selama 4 hari 3 malam,saya menyertai programi ini.Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dijalankan. Antara aktiviti yang menarik ialah pelbagai jenis permainan rakyat dan sukan rakyat seperti permainan konda kondi, galah panjang, terompah gergasi, terompah tempurung kelapa, tuju para, boling buah kelapa dan lain-lain lagi. Untuk mendekatkan lagi kami dengan budaya makanan Malaysia, kami telah didedahkan dengan pelbagai masakan Malaysia seperti roti canai, maruku, kuih buah melaka, kuih kapit, lempeng pisang, popia goreng dan pelbagai jenis minuman berdasarkan ras utama di Malaysia.Yang paling bestnye..,saya dah pandai masak apa yang diajar. Selain daripada mengenali masakan pelbagai etnik di Malaysia, kami juga didedahkan dengan asas tarian pelbagai bangsa. Program-program lawatan ke Balai Seni Lukis Negara diadakan seiring dengan Tema 1Malaysia yang sedang berlangsung disitu. Pelajar juga dibawa melawat ke Memorial Tun Hussien Onn dan Memorial Tunku Abdul Rahmat Putra Al-Haj. Kami disediakan aktiviti berbentuk kuiz dan diakhir program lawatan, penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Arkib Negara, Dato` Sidek Hj. Jamil.

Boleh tahan jugak la..,tapi pada mulanya saya nangis senyap2 dalam tandas sebab kat situ tak de kawan n lg satu mestilah rindu kat keluarga....Pada hari kedua,saya dapat juga jumpa seorang kawan dari Sekolah Kebangsaan Setapak Indah yang satu kepala dengan saya....Kita orang pada mulanya memang menganggap kem ni bosan....tapi,dapat banyak barang percuma....Antaranya topi,baju,seluar,beg sandang,pen,buku dan kasut sukan...

Saturday, June 13, 2009


Selepas berlangsungnye perkahwinan Abang Mie...,aku telah mengikut mak cu ke Kemaman manakala ibu bapaku serta adik-beradikku pulang ke rumah di KL.....Walaupun sehari saja aku berada di Kemaman...,aku berkesempatan juga melawat ke punca mata air Telaga Simpul....Aku juga sempat pergi sungai yang berdekatan dengan Telaga Simpul...,dan bermain buaian di taman permainan.....Sewktu aku berada di sungai...sepupuku mengajak aku bergambar di sebuah batu..agak besar juga batu tu...Tiba2 sewaktu dia sedang berusaha untuk ke batu itu..,kakinya tergelincir....Nasib baik dia sempat menarik tanganku...,kalau tidak...dia kata mesti kepalanya dah terhantuk kat batu....Yang peliknye,dia jatuh tapi aku yang basah lenjun....Aku pinjamlah baju anak k.Mi...dan memakai seluar Fikriah...Sambung pulak yang lain..........


Selepas ke Kemaman...,m.cu singgah ke rumah Delah untuk menghantarku kerana aku akan pulang ke KL dengan menumpang Papa dan Delah yang sememangnye akan ke Kl...Jadi aku mesti ke rumah Delah....Mama pun bertanya kepada Fikriah sama ada dia nak ikut ke tak...Sebab ada aku,dia pun jawablah nak....Delah berkata kalau nak ikut bawak Ada sebab tak berbaloilah hantar Fiki sorang je ke Johor lepas balik dr KL...Tp m.cu tak bagi sebab m.cu akan meneruskan perjalanannye ke Kota Tinggi..Takkan Ada tak jumpa atuk dia kot...Pastu apa lagi merajuklah Si Fiki a.ka. Fasha Sandha kononnye tu sebab tak dpt ikut...Mama yang kesian kat dia pun ckp,"Kalau nak ikut ada 1 syarat,kemas baju sendiri dan jangan ada pun yang tertinggal.."Fiki pun tak jadi merajuk...

Sampai saja di KL,kami singgah di rumah Aunty Sue...Makan jap...Dia masak tomyam..Fikriah berbisik dengan nada perlahan tetapi masih boleh didengar orang..,"Asyik2 tomyam...,semalam pon makan tomyam..."Selepas itu,lengannye yang gebu itu dicubit oleh Delah tanpa dilihat oleh orang lain melainkan aku di sebelahnye...Kerana dalam perjalanan ke rumah Delah bersama m.cu kami ada makan mee hoon tomyam....Aku tersenyum sahaj melihat Fiki yang mula mencebikkan mulut sewaktu makan...

Hanya Fikriah yang tidur di rumahku manakala Delah dan Papa tidur di rumah Aunty Sue...(ni baru topik yang kat atas) 2 hari di rumah aku...,rasanya memberi kebosanan kepada Fikriah yang mengharapkan dapat jalan2 dan shopping di situ kerana sememangnye Fiki teringin hendak meronda di KL....Hal itu disebabkan oleh ayahku bekerja dan pulang pada pukul 8.00 malam manakala ibuku belajar di IB (Institut Bahasa) pada setiap cuti sekolah dan akan balik pada waktu petang.Jadi tiada siapa yang dapat membawa kami jalan2 melainkan hanya duduk di rumah,menonton tv dan bermain di taman.... Sori ya FIKI....!!

Ada peristiwa yang membuatkan ibuku tergelak apabila aku ceritakan....Kerana Fiki hanya tersenyum kepada aku apabila ibuku yang kepenatan baru balik dr IB membeli lauk yang dinamakan TOMYAM...Aku cerita lah...,"Mak,masa dalam perjalanan ke rumah Delah m.cu belanja akak dan Fiki makan Tomyam...Lepas tu...,kat umah Aunty Sue pon kitorang mkn tomyam...Semalam kan mak beli tomyam...Masa lepas makan dekat bilik dia kata 3 kali makan tomyam"....Mak aku berkata..,"Nape tak cakap awal2...,kalau tak mak beli lauk lain,"

Aku juga berfikir seperti itu....

Sunday, June 7, 2009

Meriahnyer!!

Pada hari Ahad bersamaan 7 JUn 2009....,majlis perkahwinan Abang Mie dan Kak Ila pon berlangsung....Aku dan Nisa awal2 pagi lagi sudah bersiap untuk ke rumah makcik Ha...Majlis itu bermula pada jam 1.00 ptg.......Sebelum tu,aku menolong ibuku untuk menyusun buah-buahan dan hiasan kuih bersama Kak Iwa dan Mak Cu.....Aku dan sepupuku yang lain diberi tugas untuk memberi cenderamata dan gula2 kepada tetamu yang hadir.Belum pon habis majlis tu,aku dah berhenti kerja........,penatla...Dah la....sampai sini je.....Penat nak taip ni...♥

Tuesday, June 2, 2009

Keindahan Pulau Redang



Pulau Redang, situated 45km off the coast of Kuala Terengganu, is the largest of all Terengganu's islands. From the very first glance, Pulau Redang will enchant visitors with its compelling beauty. Its incredibly azure waters fringed by white sand, against the backdrop of verdant jungle-clad hills make picture-postcard views.
Pulau Redang archipelago comprises 9 islands, the Lima Island, Paku Besar Island, Paku Kecil Island, Kerengga Besar Island, Kerengga Kecil Island, Ekor Tebu Island, Ling Island, Pinang Island and Redang Island. This archipelago is abounds with marvelous marine fishes, turtles and coral reefs, ensuring a great snorkelling and scuba-diving experience. Redang Island which is approximately 7km in length 6km in width, is the largest of all other islands in the Marine Park.
Redand Island boasts two beautiful beaches, the Long Beach or locally known as Pasir Panjang, situated on the east coast and Teluk Dalam Kecil, a sheltered cove tucked away on the northeast of the island. Teluk Dalam Kecil is the location of the Berjaya Redang Beach Resort, a five-star accommodation on the island.
Streching over 800m, Pasir Panjang is a dream come true for sun-seekers. Here, underneath the clear blue sky, one can spend hours by basking in the sun, or strolling by the beach and feel the sensation of soft sand sinking under the feet. The beach is lined by a number of resorts overlooking the sea, offering various styles of accommodation.
A myriad of surprises await beneath the bewithchingly blue sea. The waters teem with a wealth of marine life and corals, and the good visibility makes it ideal for snorkelling and diving. At the Marine Park Centre friendly wrasses, sergeant majors and breams swarm around snorkellers. Divers can look forward to thrilling encounters with black-tip sharks. Rare giant clams and hawkshill turtles too have been sighted here.
Lang Tengah, a 30-minutes boat ride from Redang, is one of the state's best kept secrets. Located midway between the islands Redang and Perhentian, its sparkling white sand and aquamarine waters are simply irresistible. The varieties of hard and soft corals and prolife marine life here make it a perfect destination for divers.
* The best time to visit Pulau Redang & Pulau Lang Tengah is between April and October. Take note that most resorts are closed during the Northeast Monsoon, which blows from November to March.

Sunday, May 31, 2009

JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI
berfikiran abstrak, sukakan benda yang reality dan abstrak inteligent, bijak dan genius, berpesonality yg mudah berubah, mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yg lasak, emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya, tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi

MAC
berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati, sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.

APRIL
sgt aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada, sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI
kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam, cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri)suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu, bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yg tinggipermikiran yg tajam, pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera,seni & muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk dirumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros

JUN
berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap, perangaiidea @moodidea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah &cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih & cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalahkawan saya.

JULAI
Sangat seronok didamping, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkanMudah dipujuk dan bercakap lurusSangat menjaga hati orang lainSangat peramahEmosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinyaBerjiwa sentimental jarang berdendam mudah memaafkan tapi sukar melupakan tidak suka benda remeh-temeh membimbing cara fizikal dan mental sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang layanan yg serupa dgn semua orang tinggi daya simpati pemerhatian yg tajamsuka menilai org lain dgn pemerhatian mudah dan rajin belajar suka muhasabah diri suka megenangkan peristiwa atau kawan lamasuka mendiamkan dirisuka duduk dirumahsuka tunggu kawan tapi tak cari kawantak agresif kecuali terpaksa lemah dari segi kesihatan perutmudah gemuk kawal tak kawal dietminta disayangimudah terluka hati tapi lambat pulihterlalu mengambil beratrajin dalam membuat kerja

OGOS
suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut. orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa. cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan. sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin. sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat. sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik ,pengasih,penyayang suka mencari kawan

SEPTEMBER
sangat bersopan santun & bertolak ansursangat cermat,teliti & teratursuka menegur kesilapan org lain & mengkritik pendiam tapi panda bercakapsikap sangat cool sangat baik & mudah simpati sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujurkerja yg dilakukansangat sempurnasangat sensitif ygtidak diketahuiorg yg banyak berfikir daya pentaakulan yg baikotak bijak & mudah belajarsuka mencari maklumat kawal diri dari terlalu mengkritikpandai mendorong diri sendirimudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsiasuka sukan,hiburan & melancongkurang menunjukan perasaannyaterluka hatinya sangat lama disimpan terlalu memilih pasangansukakan benda yg luasbersistematik

OKTOBER
suka sembang suka org yg sayang padanyasuka ambil jln tengahsangat menawan & sopan santun kecantikan luar & dalamtidak pandai berbohong & berpura-puramudah rasa simpati,baik pentingkan kawansentiasa berkawanhatinya mudah terusik tetapimerajuknya tak lamacepat marahmacam pentingkan diri sendiritidak menolong org kecuali dimintasuka melihatdari perspektifnya sendiritidak sukaterima pandangan orglainemosi yg mudah terusiksuka berangan & pandaibercakapemosi yg kelam kabutdaya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)suka melancong,bidang sastera & senipengasih ,penyayang & lemah lembut romantik dlm percintaanmudah terusik hati & cemburuambil berat tentang org lainsuka kegiatan luarorg yg adilboros & mudah dipengaruhi persekitaranmudah patah semangat

NOVEMBER
banyak idea dalam perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, taksuka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi, dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurahBersifat patriotikSangat aktif dalam permainan dan pergaulanSikap kurang sabar dan tergesa-gesaBercita-cita tinggiSuka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasiSeronok didampingiSuka bercampur dgn org Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelaiSangat jujur amanah dan bertolak ansurTidak pandai berpura-puraCepat marahPerangai yg berubah-ubahTidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggiBenci pada kongkonganSuka berlawakPandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

Saturday, May 30, 2009

Cuti Seminggu....

Yeahh.....,cuti dah pon bermula....

aku pon tak tahu apa yang nak dipostkan kat sini....tak de idea langsung...cuti ni rasanye tak pegi mane2 kot..perkahwinan abang je pegi..lain2,jalan2 atau melancong tak de kot....rindu sangatla nak jumpa sedara mara kat kampung.....rindu nak cubit pipi Adawiyah,nak jumpa Fikriah...dan sedara yang lain....Klah sampai sini jer...tak tahu nak tulis apa lagi