BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 23, 2009

Kem 1 Malaysia di PKKKL

Program Kem 1Malaysia merupakan satu program perkhemahan yang melibatkan murid-murid dari pelbagai kaum, bangsa dan etnik di Malaysia. Sehubungan dengan itu Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Keramat telah diamanahkan untuk menganjurkan Kem 1Malaysia daerah Keramat yang berlangsung di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur dan SMK Seri Titiwangsa pada 7 hingga 10 Ogos 2009. Sebanyak 39 buah sekolah dari daerah Keramat telah menyertai program tersebut dengan penglibatan pelajar seramai 282 orang murid tahun 4,5 dan 6.
Selama 4 hari 3 malam,saya menyertai programi ini.Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dijalankan. Antara aktiviti yang menarik ialah pelbagai jenis permainan rakyat dan sukan rakyat seperti permainan konda kondi, galah panjang, terompah gergasi, terompah tempurung kelapa, tuju para, boling buah kelapa dan lain-lain lagi. Untuk mendekatkan lagi kami dengan budaya makanan Malaysia, kami telah didedahkan dengan pelbagai masakan Malaysia seperti roti canai, maruku, kuih buah melaka, kuih kapit, lempeng pisang, popia goreng dan pelbagai jenis minuman berdasarkan ras utama di Malaysia.Yang paling bestnye..,saya dah pandai masak apa yang diajar. Selain daripada mengenali masakan pelbagai etnik di Malaysia, kami juga didedahkan dengan asas tarian pelbagai bangsa. Program-program lawatan ke Balai Seni Lukis Negara diadakan seiring dengan Tema 1Malaysia yang sedang berlangsung disitu. Pelajar juga dibawa melawat ke Memorial Tun Hussien Onn dan Memorial Tunku Abdul Rahmat Putra Al-Haj. Kami disediakan aktiviti berbentuk kuiz dan diakhir program lawatan, penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Arkib Negara, Dato` Sidek Hj. Jamil.

Boleh tahan jugak la..,tapi pada mulanya saya nangis senyap2 dalam tandas sebab kat situ tak de kawan n lg satu mestilah rindu kat keluarga....Pada hari kedua,saya dapat juga jumpa seorang kawan dari Sekolah Kebangsaan Setapak Indah yang satu kepala dengan saya....Kita orang pada mulanya memang menganggap kem ni bosan....tapi,dapat banyak barang percuma....Antaranya topi,baju,seluar,beg sandang,pen,buku dan kasut sukan...