BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 1, 2009

Bercuti di Pulau Langkawi

Hari Pertama,29 Januari
Aku menunggu untuk menaiki kapal terbang.Sekarang pukul 6.40,aku ada di dalam kapal terbang untuk fly ke Langkawi.Aku sampai di sana pun hampir pukul 8 malam.Ia mengambil masa satu jam.Aku dan keluarga menyewa van kerana aku pergi dua keluarga iaitu keluargaku n keluarga makcikku.Aku pergi ke Langkawi pun kerana ingin membawa nenekku bercuti kerana telah lama nenekku ingin pergi ke Langkawi.

Hari kedua,30 Januari
Ayahku menyewa tiga bilik:-1bilik-ibu bapaku
1bilik-makcik n pakcikku
1bilik-my siblings n nenekku
Aku bangun pagi lalu mandi untuk pergi bersarapan.Setelah itu,aku pergi melawat tempat bersejarah seperti Makam Mahsuri,Beras Terbakar dan Gunung Mat Cincang.Aku menaiki Cable Car untuk ke Gunung Mat Cincang.Aku sangat excited kerana itu pertama kali menaiki cable car.Apabila sampai di perhentian pertama,aku berasa pening sedikit tetapi aku tetap ingin meneruskan sehingga ke perhentian yang kedua.Selepas itu,aku turun semula.Nasib baik masa turun tu tak laju.Sampai kat bawah aku rasa loya pastu muntah,tu pun sikit je.Sebelum pergi ke Makam Mahsuri,adikku merajuk kerana ingin membeli topi setelah melihat anak makcikku membeli.Bila dah masuk kereta ibuku memberitahu ayahku tentang adikku itu.Lalu ayahku memberi duit RM20 untuk membeli topi untukku dan juga adikku.Bajetnya pula 10ringgit sorang.Abangku tidak dapat topi baru kerana dia dah ada topi,beli kat Indonesia kononnye.Sampai kat sana,bajetnya lari pula.Aku punya RM14.90 dan adikku pula RM15.90

Hari Ketiga,31 Januari
Ayahku tempah tiket kapal terbang untuk balik pada pukul 8 malam.Sebelum itu,kami sempat melawat sesuatu 'tempat'.Ayahku gelarkan 'tempat' itu ialah 'tempat melontar duit'.Sebenarnye aku dan keluargaku pergi ke Pekan,Kuah.Katanya kat situ barang harga murah2.Kami beli Coklat kat sana.Macam-macam lagi tapi malas nak cerita,nantilah.dah penat tangan ni...he he..

0 Comments:

Post a Comment



Falling Images from DollieCrave.com