BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 27, 2009

Pada hari Selasa lepas,aku bersama keluarga balik ke kampung di Sepayang,Pahang.Aku tiba di sana pada pukul 10 malam,hari Isnin.Aku dengan segera masuk ke dalam rumah Mak Teh karana tidak sabar2 ingin berjumba dengan sepupu kesayanganku iaitu Fikriah.Selepas salam mak sedara yang ada di rumah itu,aku segera masuk ke dalam bilik Andak bersama Fikriah.Sebelum itu aku sempat mencubit pipi seorang lagi sepupu aku - Adawiyah.Si gadis cilik yang dikatakan 'Perosak rumah tangga orang lain'.he he....esoknya aku bangun lalu mandi kerana tidak sabar untuk pergi ke rumah Delah.Setelah itu,aku mengenakan baju blouse serta seluar jean berwarna biru gelap.Tetapi Fikriah merajuk dengan ibunya kerana tidak mahu memakai skirt setelah melihat aku memakai seluar jean.Aku cuba memujuknya dengan memberi pinjam seluar aku kerana sememangnya pada masa itu aku mempunyai seluar lebih.dia kata dia ingin memakai seluar itu di rumah Delah kerana takut dimarahi ibunya.Apabila tiba di sana dia terus menukar skirtnya lalu memakai seluarku.Semasa dia barada di bilik Kak Cha(kak nisah),dia terlihat bajunya yang dibeli oleh Delah.Apabila Fikriah ternampak dia terus menceritakan yang Delah ada membeli baju,dia kata Delah membali dua helai.Dia pun apa lagi terus tanya baju seperti itu yang lagi satu kerana ingin membagi aku.kami memakai baju itu bersama-sama kerana kami ingin sedondon.Ramai lagi yang datang ke rumah Delah seperti Keluarga Alang,Mak Teh,Mak Cik Ha,Angah,Mak Cu,dan ramai lagi.(siapa nama yang tak disebut maknanye tarlupa,sorry....)oklah,sampai ini sahaja..

Sunday, January 25, 2009

RILEKS SEKEJAP

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery


Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut nak kena cari ubat.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

Saturday, January 17, 2009

Gambar hari jadi

Nanti nisa letak gambar kek harijadi tu sebab blum masukkan dalam thumbdrive untuk save dekat komputer

Sunday, January 11, 2009

Aku ialah anak yang kedua.Aku diberi nama oleh ibu bapaku Khairun nisa'.Pada tahun ini aku berumur 11 tahun.Aku dilahirkan pada tahun 1998 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur.Rasanya aku anak yang paling happy go lucky tapi kadang2 suka merajuk.Dan pada hari Jumaat lepas,aku menyambut hari jadiku yang ke-11.kami sekeluarga makan malam di sebuah restoran brnama 'Kak Long Paradise'.makanan kat situ sedap tapi haraganya pun sedap.Tak tahu pula harganye mahal,yelah sekadar nak merasa.Nak tahu makanan sedap ke tidak,kalau sedap boleh mkan lagi untuk hari jadi syahmi n syafiq.Tapi yang tak bestnya,masa makan tu aku demem n selesema.Jadi tak de selera sangatlah nak makan ni.aku tak kisah janji dapat makan dengan keluarga......

Friday, January 9, 2009

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):



1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
.

Falling Images from DollieCrave.com