BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 23, 2009


22hb April pertandingan kawad kaki antara Zon diadakan di UPM. Syukur ke hadrat Ilahi.Pasukan Pengakap Perempuan sekolah ku yang turut disertai oleh diriku berjaya menjuarai kategori perempuan bagi zon kami. Kami akan mewakili zon ke peringkat negeri pada 7hb Mei di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Aku dalam keadaan demam tetap meneruskan kawad kerana kasihankan jurulatih kami yang bersusah payah melatih kami walaupun pada cuti penggal. Pihak sekolah pula telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk kami termasuk kasut yang agak mahal dan bermutu. Jadi aku tabahkan hati dan kuatkan semangat di samping berdoa agar dapat meneruskan kawad formasi itu.

Terima kasih kepada Cikgu Shahril, Cikgu Fairuz, Cikgu Rosnita serta Cikgu P...(ibuku sendiri).

0 Comments:

Post a Comment



Falling Images from DollieCrave.com