BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 20, 2009

Bu$y n n0 TimE

huhh....blog aku nie macam dah tak berpenghuni..Ha...ha..busy sesangat sampai nak update blog pun tak sempat.Hari Isnin aku ada test percubaan skolah agama n kebangsaan....Penatnye nak ulangkaji..Sampaikan pernah satu hari tu...,balik skolah agama petang pastu mandi2 sembahyang maghrib..Lepas sembahyang,tunggu mak masak....Yang tak best nye aku nie,tunggu dengan berbaring.So,sampai ke pagi esokla baru bangun pegi skolah..Dalam kelas bestla tak ngantuk tapi yang tak best pulak keje skolah tak siap sebab dah direct tido malam sebelumnye tu...nasib baikla tangan aku ni boleh dikatakan cepat menulis(bolehla cuma kalau tergesa2 cincai)n keje rumah tak banyak...sebelum cikgu masuk tu jugak aku bereskan...Akhirnya cikcu tak tahu aku baru buat...Benda tu berlaku 2 kali...ha..ha..ha..Nak buat cam mana bertungkus lumus berlatih hanya bolajaring yang tak berapa penting...(tapi bila ada latihan meluru tak nak pegi skolah agama,ha...ha...)Tapi yang magic bin ajaibnya bila aku masuk kelas masa kelima terakhir ialah masa Matematik lah selalunya,masuk kelas cikgu dah suruh salin...yang pelik aku boleh jawab tanpa salah,1 soalan tanya kawan..Hmm...nantilah sambung balik...

Thursday, February 12, 2009

Jawapannye....

Sebelumnye nak cakap nilah senarai jawapan teka-teki untuk post yang kat bawah tuu,cuba cari...Jadi checklah jawapan anda semua ya...

1.Kain Songket Cap Gajah Duduk

2.Jatuh laa Nynya tu..

3.Penyapu

4.Jawapan lain salah laa

5.Tangga

6.Pokok nak tumbang laa...

7.Air terjun

8.Slim River

9.Sungai dalam peta laa..

10.Ikan jadi banyak

11.Ikan Duyung

12.Bas Sekolah

13.Milo Ais

14.Kalau angkat dua kaki jatuh laa...

Monday, February 9, 2009

KeSiBuKaN dI bUlAn InI

Ergh....penatnye bulaan ni,antara aktiviti yang memenatkan aku ialah:=
1.bola jaring,kene berlatih sungguh2 cebab minggu depan nak lawan di MSSM...
2.Kawad kaki,kene berlatih suara.nisa kene jadi pelatun...
3.bulan depan sibuk dengan latihan boria....
4.Bulan depan jugak ada latihan watikah perlantikan pengawas...ntah2 kene jadi wakil darjah 5...
5.ntah,aku sendiri pun dah tak ingat apa lagi aktiviti aku di bulan yang memenatkan ini


=Kepenatan melanda diri,
=Dan bulan yang bosan...:(

Sunday, February 8, 2009

1.Dalam banyakbanyak kain,kain apa yang paling berat di dunia?

2.Soalan Matematik,2 Apek tolak 1 Nyonya jadi apa?

3.Ibunya satu,anaknya beribu,apa dia?

4.Kalau 1 + 1 = 2.Jawapan lain apa?

5.Ibunya diurut,anaknya dipijak?

6.Pokok apa bila manusia nampak dia lari?

7.Air apa yang paling berani sekali?

8.Sungai apa yang paling kurus di dunia?

9.Sungai apakah yang tiada air?

10.Kalau semua manusia jadi ikan,ikan jadi apa?

11.Ikan apakah yang mempunyai ketiak?

12.Dalam banyak-banyak bas,bas apakah yang paling pandai?

13.Dalam banyak-banyak mi,mi apa yang boleh makan dengan ais?

14.Kenapa anjing kencing dia angkat satu kaki?

15.Binatang apakah yang matanya kecil tetapi matanya besar?

16.Mana lagi tua,motosikal atau kereta?

17.Ahmad bin Abu.Kalau Kambing bin apa?...

18.Buah apa yang kalau ia dimasak ia timbul?

19.Macam mana nak bezakan antara ikan betina atau ikan jantan?

SILALAH JAWAB, YA.

Lets' share 2gether...

one negative thought
One tree makes one million matchsticks
but one matchstick can burn one milllion trees.
Moral: One negative thought
can burn all positive thoughts.


long life friendship
Follow two things for long life friendship.
1. Don’t talk if you are angry.
2. Don’t take the words seriously
from a friend who is angry!

Saturday, February 7, 2009

aBoUt NeTbaLL

This month I have Netball Competition in MSSM KL.Every morning I have to go for the netball training.But the training is until 10 am cuz I have to study also...I have a trial in 23rd February.There are some position in the netball game...
That is:-
1.Center
2.Wind Attack
3.Wind Defence
4.Goal Attack
5.Goal Defence
6.Goal Shooter
7.Goal Keeper

Sunday, February 1, 2009

Bercuti di Pulau Langkawi

Hari Pertama,29 Januari
Aku menunggu untuk menaiki kapal terbang.Sekarang pukul 6.40,aku ada di dalam kapal terbang untuk fly ke Langkawi.Aku sampai di sana pun hampir pukul 8 malam.Ia mengambil masa satu jam.Aku dan keluarga menyewa van kerana aku pergi dua keluarga iaitu keluargaku n keluarga makcikku.Aku pergi ke Langkawi pun kerana ingin membawa nenekku bercuti kerana telah lama nenekku ingin pergi ke Langkawi.

Hari kedua,30 Januari
Ayahku menyewa tiga bilik:-1bilik-ibu bapaku
1bilik-makcik n pakcikku
1bilik-my siblings n nenekku
Aku bangun pagi lalu mandi untuk pergi bersarapan.Setelah itu,aku pergi melawat tempat bersejarah seperti Makam Mahsuri,Beras Terbakar dan Gunung Mat Cincang.Aku menaiki Cable Car untuk ke Gunung Mat Cincang.Aku sangat excited kerana itu pertama kali menaiki cable car.Apabila sampai di perhentian pertama,aku berasa pening sedikit tetapi aku tetap ingin meneruskan sehingga ke perhentian yang kedua.Selepas itu,aku turun semula.Nasib baik masa turun tu tak laju.Sampai kat bawah aku rasa loya pastu muntah,tu pun sikit je.Sebelum pergi ke Makam Mahsuri,adikku merajuk kerana ingin membeli topi setelah melihat anak makcikku membeli.Bila dah masuk kereta ibuku memberitahu ayahku tentang adikku itu.Lalu ayahku memberi duit RM20 untuk membeli topi untukku dan juga adikku.Bajetnya pula 10ringgit sorang.Abangku tidak dapat topi baru kerana dia dah ada topi,beli kat Indonesia kononnye.Sampai kat sana,bajetnya lari pula.Aku punya RM14.90 dan adikku pula RM15.90

Hari Ketiga,31 Januari
Ayahku tempah tiket kapal terbang untuk balik pada pukul 8 malam.Sebelum itu,kami sempat melawat sesuatu 'tempat'.Ayahku gelarkan 'tempat' itu ialah 'tempat melontar duit'.Sebenarnye aku dan keluargaku pergi ke Pekan,Kuah.Katanya kat situ barang harga murah2.Kami beli Coklat kat sana.Macam-macam lagi tapi malas nak cerita,nantilah.dah penat tangan ni...he he..

Falling Images from DollieCrave.com