BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 31, 2008

Image Hosted by UploadHouse.com

Ada orang kata angka RM999,999.99 membawa tuah kepada si pemiliknya, namun bagi Puteri Netty Izma Sawiji, 28, ia menjadi igauan ngeri dalam hidupnya setelah ditipu bekas suami pada Februari tahun lalu.

Dia yang pernah menjadi tumpuan media kerana menerima cek kosong RM999,999.99 sebagai hantaran perkahwinan daripada bekas suami yang mendakwa kerabat diraja Brunei, berjaya dalam tuntutan fasakh terhadap lelaki itu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.


Puteri Netty Izma yang ditemui tidak dapat menahan sebak ketika memberitahu, dia dan keluarga tertekan dengan tindakan bekas suaminya itu dan berazam tidak akan berkahwin dalam waktu terdekat tetapi tidak menolak jodoh yang ditakdirkan.

“Saya berasa sangat lega dengan keputusan ini selepas berkorban masa dan tenaga berulang-alik ke mahkamah hampir dua tahun. Saya kini serik dan akan lebih berhati-hati memilih pasangan hidup.


“Selepas kejadian, saya hampir hilang akal kerana lelaki itu menipu banyak pihak termasuk ibu bapa saya. Saya berharap dia menerima balasan di atas perbuatannya itu,” katanya.

Puteri Netty yang masih dalam keadaan trauma menegaskan, dia tidak akan menggunakan Internet lagi untuk mencari teman lelaki.

pelamin tanpa kerelaan ibu bapa. - Kosmo

test saja... sila delete nanti

Falling Images from DollieCrave.com